KURSUS PENSIJILAN PENGURUSAN KOPERASI
SERTA BIMBINGAN KERJAYA/KEUSAHAWANAN
PELAJAR PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
YAYASAN ANGKASA
SESI 2024

Setiap tahun Yayasan ANGKASA mengadakan kursus kerjaya dan keusahawanan untuk pelajar yang dibiayainya. Mereka diberi pendedahan untuk mengenali profil diri masing-masing melalui ujian personaliti dan pelbagai slot bermanfaat yang diselitkan sepanjang program itu berlangsung. Antaranya, adalah faktor pemilihan kerjaya, cara menulis vitae kurikulum (resume) yang baik, simulasi temuduga sebagai persediaan ke alam pekerjaan.