Jawatan Kosong Yayasan ANGKASA 2024
Pegawai Operasi
SYARAT & KELAYAKAN
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf setaraf dengannya atau mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya Diploma serta mempunyai lebih 5 tahun pengalaman di dalam bidang pengoperasian Yayasan/Koperasi yang memfokuskan kepada bidang pendidikan.
- Komited dalam melaksana tanggungjawab, pro-aktif dan berkeupayaan bekerja di bawah pengawasan yang minimum.
- Mempunyai Kemahiran analitikal yang tinggi, Kemahiran komunikasi dan daya penyelesaian masalah yang baik.
- Berpengalaman dalam perlaksanakan program/kursus/aktiviti pembangunan pelajar universiti amat dialu-alukan.
BIDANG TUGAS
- Bertanggungjawab menyempurnakan proses pengambilan pelajar baru Yayasan ANGKASA dan pengiklanan pengambilan pelajar menerusi media cetak, elektronik serta majalah pelancar.
- Bertanggungjawab memastikan maklumat/data pelajar di simpan dengan teratur dan selamat secara simpanan fizikal dan simpanan digital.
- Bertanggungjawab menjalankan kajian kebolehpasaran graduan Yayasan ANGKASA.
- Menyediakan kertas kerja cadangan bagi perlaksanaan program/kursus/aktiviti wajib bagi pelajar tajaan termasuk perancangan belanjawan tahunan.
- Menyelaraskan perlaksanaan program/kursus/aktiviti pembangunan pelajar tajaan dan program/aktiviti yang berkaitan dari masa ke semasa.
- Menyediakan laporan program/kursus/aktiviti yang telah dijalankan serta keberkesanan perlaksanaan program/kursus/aktiviti bagi meningkatkan prestasi kemajuan pelajar Yayasan ANGKASA
- Menyelaras pembayaran pembiayaan mengikut kelulusan yang telah ditetapkan termasuk permohonan tambahan dan permohonan rayuan pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA
- Menyediakan laporan pelajar yang telah tamat pengajian bagi proses pembiayaan ditukar kepada biasiswa mengikut pencapaian gred pelajar.
- Menyelaras berkaitan skim perlindungan takaful berkelompok pelajar pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA termasuk perlindungan takaful khas semasa menjalankan program/kursus/aktiviti
- Membantu Ketua Unit Operasi dalam menyediakan dokumentasi bagi mesyuarat atau perbincangan yang berkaitan apa-apa keperluan/projek.
- Bersedia melakukan tugasan di luar Kawasan jika diarahkan termasuk hujung minggu
- Menerima arahan dari masa ke semasa daripada Ketua Unit operasi/Pengurus Besar/Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA
Kerani Operasi (Pembangunan Pelajar)
SYARAT & KELAYAKAN
- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Mempunyai tahap Pendidikan sekurang-kurangnya SPM, STPM/STAM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Boleh berkomunikasi dengan baik dan bekerja dalam Kumpulan serta mempunyai berkeperibadian yang baik.
- Berkemahiran menggunakan perisian komputer terutamanya Microsoft Office seperti Ms. World, Ms. Excel, Ms. Power Point, aplikasi Canva dan lain-lain yang berkaitan.
- Berpengalaman terutamanya dalam bidang perkeranian serta mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat adalah mempunyai kelebihan.
BIDANG TUGAS
- Membantu proses pengambilan pelajar baru Yayasan ANGKASA/proses semakan permohonan/dokumentasi pembiayaan/pengemaskinian maklumat pelajar semasa tempoh pembiayaan dan setelah tamat pembiayaan.
- Membuka setiap fail-fail pelajar baharu bagi penyimpanan salinan asal dokumen perjanjian/keputusan peperiksaan/surat menyurat dan mengemaskini fail-fail fizikal serta fail-fail digital pelajar dan pengoperasian hal ehwal pelajar serta menyediakan barang-barang keperluan program/kursus/aktiviti.
- Menyediakan surat-menyurat berkaitan urusan pengambilan pelajar/penawaran pembiayaan/dokumentasi pembiayaan/jemputan pelajar ke program/kursus/aktiviti.
- Bertanggungjawab menyemak dan memberi maklum balas melalui saluran komunikasi rasmi unit operasi (Hal Ehwal Pelajar) melalui panggilan telefon/e-mel.
- Membantu pegawai menguruskan permohonan rayuan serta permohonan tambahan pembiayaan dari masa ke semasa
- Bertanggungjawab berkaitan proses bayaran balik pembiayaan
- Menerima arahan dari masa ke semasa daripada Pegawai/Ketua Unit Operasi
Permohonan :
-
- Permohon perlu menghantar Resume dengan salinan sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar ke email :
setiausaha.yayasanangkasa@gmail.com
Tarikh Tutup Permohonan : 14 APRIL 2024
hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga