Setiap tahun Yayasan ANGKASA mengadakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama) dan Lulus Cemerlang Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2024/2025.
Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA (PPYA) Sesi 2024/2025 bagi meraikan pelajar yang memperolehi kelas pertama.Pada tahun 2025, Penyerahan Surat Tawaran Pembiayaan itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, ketika merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama) dan Lulus Cemerlang Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2024/2025.
Seramai 199 orang pelajar baharu menerima Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi sesi 2024/2025 termasuk seramai 24 orang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Ijazah Kelas Pertama) Kategori Sepenuh Masa dan seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Lulus Cemerlang) Kategori Separuh Masa.
Majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang termasuk pelajar, ibu bapa/penjaga dan penyumbang utama Yayasan ANGKASA terdiri daripada Koperasi, Badan Korporat dan individu itu turut menyaksikan Sesi Penyampaian Penghargaan kepada Penyumbang Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi empat kategori iaitu Kategori Badan Korporat dan Agensi, Kategori Koperasi, Kategori Individu dan Kategori Anugerah Jalinan Kerjasama Edu KL Fun Run Penghargaan tersebut adalah sebagai menghargai sumbangan yang mereka salurkan melalui Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Dato’ Amran Haji Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah IKMa, En. Mohd Zaib Mat Yunus.
Selain itu, barisan Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, En. Azizul Alias (Wakil KUSKOP), En. Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan), barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad, Dato’ Haji Zazali Haron, Haji Nasir Khan Yahaya, Dato’ Fahrol Rohman Ahmad dan Dato’ Hajah Rosni Haji Zahari.
Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh serta barisan pengurusan kanan ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.