Yayasan ANGKASA sebelumnya dikenali sebagai Tabung Pendidikan ANGKASA (TAPAK) dari tahun 2000 hingga kini merupakan yayasan yang ditubuhkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) pada tahun 2012. Yayasan ANGKASA bertanggungjawab menyediakan kemudahan bantuan pembiayaan boleh ubah (PBU) ke biasiswa kepada anggota dan anak-anak anggota koperasi yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda manakala pembiayaan bagi Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Awam (UA) dan Swasta (US) dalam negara serta menjalankan kebajikan sosio-ekonomi.
Matlamat utama penubuhan Yayasan ANGKASA adalah membantu melahirkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi, masyarakat dan negara amnya. Di samping menyediakan bantuan pembiayaan pendidikan, Yayasan ANGKASA memberi kursus dan program-program tahunan kecemerlangan pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan mengekalkan prestasi pelajar seperti Kursus Motivasi, Kursus Kaunseling, Kursus Persediaan Pekerjaan dan Kursus Keusahawanan serta Kursus Kemasyarakatan.
Tambahan itu, Akademi Yayasan ANGKASA dengan kerjasama UNIRAZAK menawarkan dermasiswa program Asasi. Kerjasama Universiti Kolej Antarabangsa Inovatif dalam Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan harga yang berpatutan untuk anggota dan anak-anak anggota koperasi serta program pendidikan bersama Kuala Lumpur Business & TVET Institute.
Yayasan ANGKASA telah berjaya membantu ramai anggota dan anak-anak anggota koperasi bagi pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi terutamanya dalam bidang pendidikan dan latihan serta projek-projek sosial ekonomi.