Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Pengambilan 2024/2025 di Buka
1/8/2024 Hingga 31/10/2024
Penerangan Pendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
- Permohonan dibuka pada 1/8/2024 hingga 31/10/2024
- Pendaftaran dibuat secara atas talian dengan pembelian nombor pin melalui JomPAY bernilai RM10.00
- Nombor pin hanya akan diberi kepada pemohon yang telah membuat bayaran melalui JomPAY secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam masa 5 hari waktu bekerja.
- Pemohon yang telah menerima nombor pin boleh terus mendaftar di portal pelajar
- Pemohon diwajibkan untuk melengkapkan semua maklumat permohonan yang diminta dan memenuhi syarat Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak Yayasan ANGKASA.
- Rujuk Soalan Lazim (FAQ) dahulu di pautan www.yayasanangkasa.coop/soalan-dan-jawapan
Pembelian PIN Permohonan Pembiayaan hanya Semudah 1-2-3
Cara Permohonan
Pembayaran PIN PPYA
- Pembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYA
- Pembayaran boleh dibuat melalui JomPAY
- Masukkan Biller Code 86231 (YAYASAN ANGKASA PIN)
Ref-1 : No. Kad Pengenalan Anda
Ref-2 : Nombor Telefon Anda
*sila simpan salinan resit untuk rujukan anda
Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti
Yayasan ANGKASA : [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2023. Pin permohonan adalah [XXXXX]
*SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-72 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)
**Jika ada Masalah boleh whatsapp ke nombor 0378809358
Selepas menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar di link https://www.yayasanangkasa.coop/pya